Kisah Perempuan
Seorang  wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.  Sampai sahaja di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya  menyambutnya.
Wanita :Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
 ... Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu… Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis : Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.Dari tingkat 50, 40..  dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu  mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia  tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut....Akhirnya  di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum  sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu  berkata-kata..
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab : Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)